Sunday, October 10, 2010

Konsep 3 R



DEFINISI REDUSE, REUSE, DAN RECYCLE.


  • REDUSE merujuk kepada pengurangan pembuangan sisa-sisa bahan pepejal dengan cara memilih bahan yang ingin dibeli dengan melihat kepada aspek pembungkusan dan bahaya barangan tersebut kepada alam sekitar.

  • REUSE merujuk kepada cara menggunakan semula sesuatu bahan melalui penggunaan kepada fungsi lain selain daripada fungsi asal bahan tersebut, aspek ini menekankan pengguna untuk berfikir sebelum membuang sesuatu bahan terpakai.


    • RECYCLE atau Kitar Semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian dan diguna atau diproses dengan menghasilkan satu produk baru untuk menghindari pembaziran bahan yang masih boleh diguna, mengurangkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran) dan air (daripada pemendaman tapak pembuangan sampah) dengan mengurangkan pembuangan bahan lazim dan mengurangkan pembebasana gas kesan rumah hijau, berbanding dengan proses panghasilan produk menggunakan bahan asas.


    KITAR SEMULA PADA MASA KINI

    • Bahan yang boleh dikitar semula termasuk pelbagai jenis kaca (botol-botol kaca), kertas (majalah, surat khabar), logam (tin minuman), plastik (botol atau bekas plastik), tekstil dan barangan elektronik. Walaupun hasilnya sama, tetapi kompos atau proses guna semula bahan buangan biodegrasi seperti makanan atau bahan buangan berkebun adalah bukan dikategorikan kitar semula.
    • Bahan-bahan yang akan dikitar semula samada dihantar ke Pusat Kitar Semula oleh pengguna atau dipungut oleh pihak Pusat Kitar Semula di kawasan yang tertentu mempunyai perkhidmatan tong sampah kita semula.



Langkah Pengurusan sumber


LANGKAH PENGURUSAN SUMBER






  1. PEMBANGUNAN LESTARI DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR.




    MAKSUD PEMBANGUNAN
    LESTARI

    i. pembangunan negara yang berterusan untuk kesejahteraan rakyat untuk
    generasi kini dan akan datang

    ii. prinsip pembangunan yang mengadunkan pemeliharaan dan pemuliharaan agar kesejahteraan hidup boleh dinikmati oleh semua penduduk



    LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN


    LANGKAH PERUNDANGAN

    i. akta kualiti alam sekitar 1974

    ii. akta pemuliharaan tanah (bahagian iii)

    iii. dasar perhutanan negara 1984

    iv. akta jalan parit dan bangunan-pencemaran air

    v. akta kerajaan tempatan-cerobong asap

    vi. oerdinan lalulintas 1958-asap kenderaan



    LANGKAH BUKAN PERUNDANGAN




    i. AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK

    - mencegah hakisan-
    peneresan bukit

    - pencemaran udara- menepatkan zon
    industri

    - mengawal air- merawat air kumbahan

    - mengawal sumber biologi- penghutanan
    semula

    - mengawal pemanasan- kurangkan penggunan
    CFC



    ii. pendidikan alam
    sekitar dan kempen kesedaran

    - pendidikan formal- terapkan dalam
    krikulum-kajian tempatan dan geografi

    - pendidikan tidak formal- NGO-
    seminar, forum, risalah, penerbitan dll

    - pameran- JAS hari alam sekitar
    dunia

    - kempen kesedaran- majalah, buletin,
    gotong royong, kempen penghijauan

    bumi, kempen cintai sungai kita dll

















Apa Itu Sumber?

DEFINISI SUMBER
Sumber merupakan sebarang bahan dan diperlukan oleh manusia atau setiap hidupan di muka bumi ini. Dalam hal ini, sumber boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber yang boleh diperbaharui ialah sumber yang wujud secara berterusan seperti tanih, tenaga suria, hutan atau hasil pertanian yang boleh ditanam semula.

Sumber yang tidak boleh diperbaharui, merupakan sumber yang menjadi semakin kurang dan akhirnya akan habis sama sekali apabila digunakan secara tidak lestari. Sumber yang tidak boleh diperbaharui dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Boleh diguna semula seperti logam
2. Tidak boleh diguna semula seperti mineral organik dan bahan api fosil.

Tuesday, May 4, 2010

HARGAILAH PANTAI KITA


INI MERUPAKAN KAWASAN PINGGIR PANTAI RAGAT

ANTARA BAHAN-BAHAN DAN SEDIMEN PANTAI

ANAK TANJUNG YANG WUJUD DI PANTAI RAGAT





Tidak ramai menyedari akan kepentingan kawasan pantai kita. Lalu satu projek pinggir pantai telah dijalankan di kawasan pantai Ragat Tuaran bagi menjalankan kempen menghargai keindahan pantai. Objektif projek ini adalah :-

a) Mengkaji ciri – ciri bentuk muka bumi pinggir pantai yang terdapat di kawasan kajian tersebut.
b) Mengenalpasti dan menerangkan tumbuhan (semulajadi dan bukan semulajadi) dan kehidupan (haiwan dan manusia) berserta dengan gambar di kawasan tersebut.
c) Mengenalpasti aktiviti – aktiviti manusia di kawasan pinggir pantai . Ini termasuklah kebaikan dan keburukan aktiviti tersebut yang memberi kesan terhadap pinggir pantai
d) Mengenalpasti aktiviti – aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan pinggir pantai
e) Mengaplikasi pemerolehan ilmu mengenai pengurusan pinggir pantai

blog ini diwujudkan sebagai satu cara interaksi untuk masyarakat luar untuk memberi maklumbalas dan pemerolehan maklumat kepada semua pengunjung blog. Untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai kajian di Pantai Ragat sila muat turun daripada pautan di bawah :