Sunday, October 10, 2010

Apa Itu Sumber?

DEFINISI SUMBER
Sumber merupakan sebarang bahan dan diperlukan oleh manusia atau setiap hidupan di muka bumi ini. Dalam hal ini, sumber boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sumber yang boleh diperbaharui dan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Sumber yang boleh diperbaharui ialah sumber yang wujud secara berterusan seperti tanih, tenaga suria, hutan atau hasil pertanian yang boleh ditanam semula.

Sumber yang tidak boleh diperbaharui, merupakan sumber yang menjadi semakin kurang dan akhirnya akan habis sama sekali apabila digunakan secara tidak lestari. Sumber yang tidak boleh diperbaharui dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Boleh diguna semula seperti logam
2. Tidak boleh diguna semula seperti mineral organik dan bahan api fosil.

No comments:

Post a Comment