Sunday, October 10, 2010

Konsep 3 R



DEFINISI REDUSE, REUSE, DAN RECYCLE.


  • REDUSE merujuk kepada pengurangan pembuangan sisa-sisa bahan pepejal dengan cara memilih bahan yang ingin dibeli dengan melihat kepada aspek pembungkusan dan bahaya barangan tersebut kepada alam sekitar.

  • REUSE merujuk kepada cara menggunakan semula sesuatu bahan melalui penggunaan kepada fungsi lain selain daripada fungsi asal bahan tersebut, aspek ini menekankan pengguna untuk berfikir sebelum membuang sesuatu bahan terpakai.


    • RECYCLE atau Kitar Semula bermaksud mengasingkan, mengumpul, memproses dan menggunakan bahan yang telah dipakai dalam kehidupan harian dan diguna atau diproses dengan menghasilkan satu produk baru untuk menghindari pembaziran bahan yang masih boleh diguna, mengurangkan penggunaan bahan mentah, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (daripada pembakaran) dan air (daripada pemendaman tapak pembuangan sampah) dengan mengurangkan pembuangan bahan lazim dan mengurangkan pembebasana gas kesan rumah hijau, berbanding dengan proses panghasilan produk menggunakan bahan asas.


    KITAR SEMULA PADA MASA KINI

    • Bahan yang boleh dikitar semula termasuk pelbagai jenis kaca (botol-botol kaca), kertas (majalah, surat khabar), logam (tin minuman), plastik (botol atau bekas plastik), tekstil dan barangan elektronik. Walaupun hasilnya sama, tetapi kompos atau proses guna semula bahan buangan biodegrasi seperti makanan atau bahan buangan berkebun adalah bukan dikategorikan kitar semula.
    • Bahan-bahan yang akan dikitar semula samada dihantar ke Pusat Kitar Semula oleh pengguna atau dipungut oleh pihak Pusat Kitar Semula di kawasan yang tertentu mempunyai perkhidmatan tong sampah kita semula.



No comments:

Post a Comment